
aminjusof
4 tahun
Batuk Berkahak Tidak Mahu Berhenti
Ayah saya mengalami penyakit radang paru-paru dah sebulan lebih. Sekarang sudah dibenarkan keluar dari hospital. Hanya mata, pendegaran dan mulut sahaja yang berfungsi disebabkan jatung terhenti lebih dari 30 minit. Tekak telah ditebuk untuk membantu penafasannya. Beberapa hari ini, ayah saya mengalami batuk kuat yang berterusan tanpa mengeluarkan kahak yang pekat. Kahak sudah disedut tetapi tidak mahu keluar kemungkinan kahak tersebut terlalu pekat. Ayah saya batuk tanpa buka mulut. Apakah cara yang boleh digunakan untuk mencairkan kahak selain guna ubat hospital( ubatan hospital, Dr tidak bagi guna dah sebab ayah saya akan kejang badan). Atau boleh disapu Vicks di dada dan belakang tekak bagi orang yang menghidapi sakit seperti ayah saya.

6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Prosedur yang ayah anda melaui adalah dipanggil sebagai Trakeostomi. Malah indikasi untuk membuat prosedur ini adalah pelbagai seperti:
- Obstruksi saluran nafas atas
- Insufisiensi mekanis respirasi
- Kesulitan pernapasan akibat sekresi
- Elektif: trakesotomi dilakukan untuk mempertahankan aliran udara saat saluran napas atas tidak dapat dilakukan.
- Untuk membantu pemasangan alat bantu pernapasan
- Mengurangi ruang rugi /dead air space
Simptom kahak ini berlaku akibat rembesan( secretion ) yang dihasilkan dalam trak respiratori.Jika ia tidak dikeluarkan ia akan menghalang pernafasan dan terwujudnya batuk. Walaupun, sapuan vicks mungkin boleh bantu tetapi ia tidak akan merawat batuk tersebut secara sepenuhnya.
Anda boleh berbimncang tentang masalah ini dengan doktor yang merawat ayah anda, atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih