Sulit
2 tahun
Batuk berkala lebih 3 minggu
Selamat petang doktor. Saya mengalami batuk berkahak buih putih tetapi tidak kerap. Tidak demam, tiada sesak nafas. Kadang2 bila bangun tidur atau bila tekak terasa gatal dan terjadi batuk yg berlarutan sehingga keluar kahak/muntah buih putih baru akan lega dan kurang batuk. Saya dah makan ubat batuk (Bena expectorant) 2 botol tapi masih tidak baik Utk makluman, tahun lepas sy kontak TB, sy disahkan tibi pendam dan telah makan ubat yg diberi KKM selama 6 bulan dan telah pulih (habis check up dgn KK). Adakah simptom sy ini ada kaitan dgn penyakit tersebut atau ini ada simptom dgn penyakit yang lain?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
• Jangkitan bakteria atau virus
• Asthma
• Allergic Rhinitis
• Pneumonia
• Penyakit tibi
• COPD
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.