
subriena84
4 tahun
Batuk berlarutan dan berkahak
saya lelaki 39 tahun mengalami batuk berkahak dan berlarutan lebih setahun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca batuk berpanjangan:
• Jangkitan bakteria atau virus
• Asthma
• Allergic Rhinitis
• Pneumonia
• Penyakit tibi
• COPD
Batuk yang disebabkan oleh jangkitan bakteria biasanya adalah lebih sukar sembuh berbanding jangkitan virus.Disebabkan anda berkahak yang anda mungkin dijangkiti jangkitan bakteria.Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk melegakan batuk anda dengan beberapa langkah:
- Mengambil minuman panas tanpa gula seperti air lemon dan madu
- Kurangkan makanan pedas dan berminyak
- Jauhi rokok atau orang lain yang merokok
- Minum air putih dengan kerap
- Dapatkan rehat yang secukupnya
Sekiranya batuk anda masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.