
Sulit
4 tahun
Batuk berlarutan & sukar bernafas
Saya lelaki berusia 33 tahun, mengalami batuk berlarutan dari 2 tahun lepas sehingga kini…pihak klinik dan hospital mengesahkan saya mengalami gastrik…tetapi selama 2 tahun saya makan ubat gastrik tiada kesan apa apa…kini penyakit lain pula yang datang…kadang kala saya cepat mengah dan semput…jantung berdebar dan sukar bernafas…sudah banyak klinik saya pergi,semua tak dapat tau ape sakit saya…batuk & selalu berdebar & sukar bernafas…seperti oksigen tidak cukup…check jantung ok…x-ray pun ok…sakit di atas perut kiri rusuk…apa masalah saya ye…boleh doc jelaskan tak?? Hospital pun ckp saya gastrik…tapi saya tau ada masalah lain yg saya hadapi ni selain gastrik…batuk & sukar bernafas ada masanya…saya harap doc dapat selesaikan apa penyakit saya ni…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang batuk berlarutan dan sukar bernafas seperti:
- Asma
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk makluman tuan, anda mungkin juga mengalami GERD iaitu asid refluks dari perut. Keadaan ini boleh menyebabkan batuk kronik dan juga kesukaran bernafas. Ubat gastrik boleh membantu keadaan ini namun perubahan gaya hidup yang paling penting.
Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:
- Kurangkan berat badan-kebanyakan pesakit GERD mempunyai berat badan berlebihan yang meningkatkan tekanan dalam bahagian ari-ari. Ini meyebabkan asid dari perut refluks ke dalam saluran permakanan terutamanya semasa baring.
- Tidak mengambil makanan berminyak dan berkafein
- Rawat hiatus hernia (jika ada)
- Ambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
- Elakkan makan sebelum tidur
- Makan sedikit tetapi kerap
- Elakkan merokok atau meminum alkohol
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.