
Sulit
4 tahun
Batuk berpanjangan dan kahak yang kadangkala sukar untuk dikeluarkan
hello doktor, saya berusia 24 tahun, saya mengalami batuk yang berpanjangan sejak bulan march 2020,kahak bewarna putih,tekak selalu berasa gatal, mndapatkan rawatan pun sudah di GH dan klinik klinik kecil swasta,tapi masih tiada perubahan, saya akan mengalami kekerapan batuk pada waktu pagi, semasa baring sebelum tidur , dan semasa berpeluh…adakah masalah yang saya alami ini mempunyai simptom2 penyakit kronik??

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami tentang masalah anda yang menghadapi batuk berpanjangan dan kahak yang susah keluar. Walaupun anda sudah mendapatkan rawatan di klinik, masalah batuk masih tidak pulih. Hal ini pasti merunsingkan anda dan kami di sini akan memberikan sepenuh sokongan kepada anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
- Kanser merebak ke paru paru
Sekiranya anda megalami sesak nafas, batuk berdarah, demam atau muntah-muntah, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan dengan segera bagi menerima rawatan yang sesuai. Anda diminta untuk terus berjumpa dengan doktor berdekatan sekali lagi bagi membincangkan kondisi anda.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami dalam talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.