
Sulit
3 tahun
Batuk berpanjangan sejak tahun lepas
Saya berusia 28tahun wanita Bujang. Saya mengalami masalah batuk sudah lama sejak tahun lepas.
Pada January sebelum Tahun baru cina, saya membuat pemeriksaan di klinik kesihatan Putrajaya disebabkan dalam kahak saya terdapat kesan darah, doktor suspek saya mempunyai penyakit tuberculosis dan meminta sy menjalankan beberapa test( sputum,tubercolin,x-ray &blood test). Dalam bulan 2, saya mendapat keputusan bahawa saya tiada tuberculosis cuma ada jangkitan Pneumonia pada paru-paru.
Batuk saya berkurangan sehingga dalam awal bulan Mac, saya batuk semula dengan teruk sehingga muntah2.
Saya pergi mendapatkan rawatan di hospital sg buloh dan di masukkan ke separa kritikal untuk diberikan gas. Saya diberikan gas hampir 3 kali dan dimasukkan air. Keadaan saya agak stabil pada masa itu dan dibenarkan balik.
Pada minggu awal kuarantin, saya mula mendapat batuk teruk sehingga sekarang di mana batuk saya akan bermula dari pagi sehingga malam. Kadang kala saya akan terjaga dari tidur disebabkan tekak saya terasa kering dan batuk. Setiap kali saya makan, saya akan muntah kembali makanan tersebut semasa batuk.
Berdasarkan kronologi batuk saya, saya berharap ada doktor dapat diagnosis saya dengan tepat kerana saya penat untuk batuk seperti ini.
Karakter batuk saya:
Tekak akan kering dan trigger batuk
Batuk saya seakan tidak lepas
Batuk sehingga keluar makanan/lendir hijau/kuning
Batuk sehingga terkencing
Batuk saya mengakibatkan saya terasa sakit di Bahagian tekak
Sekian, terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.