
Sulit
5 tahun
Batuk berpanjangan selama 2 bulan
Saya wanita berumur 42 thn. Saya telah mengalami gejala batuk ini selama lebih kurang 2 bulan. Batuk serta betkahak yg sedikit shj. Saya ada mendapatkan rawatan di.klinik.swasta …untuk beberapa hari batuk berhenti dan setelah ubat habis batuk kembali lagi. Saya tidak mengalami demam. Saya agak khuatir dengan keadaan skrg @ Virus Vovid 19ni lagi menambahkan rungsing . saya merupakan pesakit darah tinggi. Apa yg perlu saya lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.