
Sulit
2 tahun
Batuk berpanjangan selama 2minggu lebih
saya ibu menyusu anak berumur 1tahun 10bulan telah batuk selama 2 minggu lebih,sudah pergi klinik kesihatan cuma diberi ubat batuk pil dan dah buat ujian darah dan tiada apa2 masalah…kemudian ke klinik swasta diberi ubat cair kahak dan antibiotik still x baik batuk…dah makan ubt batuk prospan satu botol habis tetap x baik batuk…mcmana cara sy perlu bt lg?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batu berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Luka pada tekak - akibat kecederaan, jangkitan kuman ataupun kesan asid refluks (gastrik)
- Iritasi saluran udara - akibat jerebu, asap rokok atau jangkitan kuman
- Penyakit asma
- Jangkita dalam paru-paru
- Paru-paru berair
Beberapa langkah yang anda boleh ambil ialah pemakaian topeng muka ketika keluar rumah, minum air banyak serta pengambilan ubat sakit tekak jika perlu. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.