Sulit
3 tahun
Batuk Berpanjangan selama 3 bulan
Saya mengalami batuk yang berpanjangan selama hampir 3 bulan. Tetapi hanya batuk pada waktu malam sahaja. Kadang-kadang batuk saya mengeluarkan darah. Adakah saya hanya batuk biasa atau mempunyai gejala penyakit lain? Apa yang patut saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebetulnya keterangan yang anda berikan adalah masih kurang jelas. Sebaiknya dijelaskan riwayat penyakit sedia ada serta gaya hidup seperti merokok dan sebagainya. Untuk makluman anda, batuk yang lama dan berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat rokok
- Masalah saluran darah
- Jangkitan paru tuberkulosis
- Bronchiectasis
- Hypokalemia - akibat kekurangan kalium (K+)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.