
Sulit
3 tahun
Batuk berpanjangan tetapi tiada kahak
Saya mengalami batuk berpanjangan tanpa sebarang kahak atau selesema sejak jun 2021. Batuk saya tidaklah teruk cuma keh keh keh dua tiga kali tetapi kerap. Kadangkala batuk tersebut disertai dengan ketat dada. Saya juga seringkali rasa macam hidung tersumbat sehingga terasa macam nafas tak lepas walaupun tiada selesema.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala batuk yang berpanjangan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala batuk adalah terlalu umum dan boleh disebabkan oleh banyak perkara. Untuk mengetahui punca sebenar gejala anda, sebaiknya anda merujuk kepada doktor.
Antara punca-punca batuk yang berpanjangan adalah :
- GERD
- Postnasal drip (disebabkan oleh sinusitis yang menyebabkan kahak mengalir ke tekak)
- Penyakit asma
- Tuberculosis
- COPD
- Kesan sampingan sesetengah ubatan
Anda boleh merujuk kepada doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.