
Sulit
2 tahun
Batuk berpanjangan yg tempoh lebih setahun
Saya mengalami batuk berpanjangan dan saya kira sudah betahun…ujian tibi dan x tray telah dijalankan tetapi ujian negetive…ubat telah makan banyak jenis tp masih tidak baik…batuk yg kerap diserang ketika pagi sehingga muntah lendir jernih putih…banyak klinik saya telah pergi dan doktor telah menyifatkan saya alahan dan ubat alahan diberi…saya hanya ubat alahan itu ketika batuk yg teruk dan saya tidak selesa…batuk akan hilang cuma ketika…sehingga sekarang saya masih bergantung ubat alahan tersebut…sy baru terkena batuk ini setelah melahirkan ank kedua…untuk makluman doktor saya batuk tidak la sepanjang hari…cuma ada waktu2 tertentu tp teruk…dlm setengah jam batuk itu berhenti kemudian jika ada yg tak kena batuk mnyerang balik…mohon pencerahan doktor apa lagi yg perlu sy buat bagi merawat batuk saya ini…tima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- GERD
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.