Anonymous
3 tahun
Batuk berterusan dan kahak
Saya perempuan berusia 20 an .sebulan yang lalu saya demam panas dan batuk .Saya telah pergi ke klinik untuk berjumpa doktor dan mengambil ubat.Selepas habis antibiotik yang diberikan doktor demam saya beransur pulih namun batuk dan kahak masih tidak hilang.Saya ke farmasi dan farmasi memberikan ubat yang larut di dalam air untuk diminum agar dapat mencairkan kahak.Setelah mengambil ubat tersebut batuk saya semakin kerap dan kahak masihh tidak dapat dikeluarkan.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan terhadap masalah kesihatan anda. Batuk berkahak/darah boleh terjadi akibat punca punca tersebut:
- Tekak kering akibat persekitaran dingin seperti bilik berhawa dingin
- Kurang minum air
- Mengambil minuman sperti kopi, teh dan alkohol
- Merokok
- Pengambilan ubat tertentu
- Terdedah kepada habuk atau allergen
- Jangkitan kuman
- Radang tekak
- Makan makanan pedas, berlemak atau berminyak
- Lendiran dari rongga hidung yang turun ke tekak “post nasal drip”
Pendarahan juga boleh berlaku akibat usaha anda untuk mengeluarkan kahak tersebut.Jika hal ini berterusan anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor.
Untuk maklumat lanjut klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih