
Sulit
2 tahun
Batuk berterusan dan sakit rusuk kiri
Saya wanita berumur 25tahun. Sudah batuk lebih dari 3bulan. Permulaan batuk hanyalah batuk biasa dan tak berkahak. Tapi sekarang batuk saya semakin banyam berkahak.
Batuk akan menyerang dengan sangat teruk diwaktu malam terutamanya ketika saya baring. Saya terpaksa tidur dalam keadaan duduk dan kadangkala tak tidur langsung. Saya juga sensitif dengan kipas dan penghawa dingin, jadi selalunya saya akan tidur dalam keadaan panas tanpa kipas dan penghawa dingin untuk mngelakkan batuk yang sangat teruk.
4jenis antibiotik telah diambil dari klinik yang sama saya pergi sepanjang saya mula batuk. Batuk teruk yang menyerang juga kadangkala membuatkan saya sakit kepala yang teramat sangat. Dan sekarang saya sudah mula sakit tulang rusuk kiri ketika batuk.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asma - penyakit asma kerap menyerang waktu malam dan mempunyai faktor-faktor pencetus
- Penyakit asid refluks (gastrik) - penyakit ini boleh menyebabkan asid naik ke saluran udara ketika berbaring dan menyebabkan iritasi saluran udara dan menyebabkan refleks batuk
- Penyakit tibi - jangkitan tibi boleh menyebabkan gejala batu berpanjangan
- Masalah paru-paru - seperti fibrosis paru-paru akibat penyakit auto-imun
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.