
Sulit
3 tahun
Batuk brkahak berpanjangan
Saya seorang lelaki umur 27 tahun saya telah mengalami batuk semenjak bulan 9 tahun lepas dan tidak membaik sehingga ke hari ini…berat badan dr 98kg menurun sehingga 61kg…sudah membuat pemeriksaan xtray di hospital kerajaan tapi keadaan paru2 baik sahaja…saya sering merasa sukar bernafas dan batuk sehingga tidak bermaya…apakah yang harus saya lakukn supaya penyakit saya boleh diubati

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda mengalami gejala batuk berkahak berpanjangan dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Secara amnya, gejala batuk berkahak boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Terdedah kepada udara kotor seperti jerebu dan asap rokok
- Alahan pada saluran pernafasan
- Inflamasi & iritasi tekak
- Kesan sampingan ubat seperti budesonide
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Jangkitan Tuberkulosis
- Jangkitan Pertusis (batuk kokol)
- Radang paru-paru
- Bronkiektasis
- Jangkitan virus/bakteria
- Serangan asma
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.