
Sulit
5 tahun
Batuk dan ada kahak. Sejak kebelakanhan ini saya mengalami masalah batuk yang berpanjangan. Dan semakin hari semakin kerap. n kerap
Saya wanita berumur 24 tahun. Saya telah mengambil ujian saringan Covid 19 secara atas talian dan didapati saya berisiko rendah bagi jangkitan COVID 19.Saya tidak mempunyai kontak dengan mana-mana individu yang disahkan positif COVID-19 atau pergi ke mana-mana negara atau kawasan yang berisiko dalam tempoh 14 hari. Namun begitu, sejak kebelakangan ini, saya mengalami batuk dan makin hari ianya semakin kerap berlaku (masuk hari ke -3). Batuk ini juga disertai kahak. Dan keluarga juga mengalami batuk yang sama. Adakah saya perlu untuk melaksanakan ujian saringan Covid 19 atau hanya mencari ubat untuk melegakan batuk tersebut? Harap maklum balas dr. Terima kasih Dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, batuk berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- dehidrasi
- cuaca panas
- radang pharynx
- radang tonsil
- jangkitan virus “common cold”
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Namun, kita perlu melihat samada anda memerlukan ujian saringan COVID-19 atau sebaliknya. Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. Oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini