
Sulit
4 tahun
Batuk dan gatal tekak yang berterusan hampir 3 bulan
Saya mengalami batuk dan gatal tekak yg berterusan selama hampir 3 bulan lebih. Pelbagai ubat batuk saya dah cuba. Tapi, tidak berhasil termasuk minum air suam. Kadang² bila batuk, saya rasa sesak nafas sedikit. Macam mana ya doc, apa perlu sy buat? Sy juga dah pegi ke hosp. Dan sedang menunggu ujian tibi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu batuk selama hampir 3 bulan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Tuberculosis
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
- Kanser paru paru
Gejala sakit tekak atau gatal tekak yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu
- Jangkitan tonsil
- Keradangan tonsil
- Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak - gejala lain seperti batuk, demam
- Luka pada tekak - akibat asid refluks (gastrik) atau makanan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jika gejala ini masih berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Masih mengalami masalah batuk? Pakar paru-paru sedia membantu!