Sulit
6 tahun
Batuk dan sakit tekak (Covid-19?)
Saya seorang wanita berumur 34 tahun. Sedang mengalami simptom batuk berkahak dan sakit tekak sejak petang Jumaat lepas. Isnin yang lepas saya menghadiri 1 mesyuarat bersama seorang kontak rapat pesakit covid19 yang positif. Namun pemeriksaan swab test harian bagi kontak rapat tersebut adalah negatif hingga kini.
Saya juga mempunyai masalah bronchiectasis dan bekerja dalam hospital yang mana ia meletakkan saya dalam kumpulan berisiko tinggi.
Adakah saya perlu melakukan ujian saringan Covid-19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera!
Terima kasih untuk soalan yang telah anda ajukan. Berdasarkan keterangan yang telah anda berikan, anda tiada kontak rapat dengan sesiapa yang disahkan positif untuk COVID-19. Oleh kerana anda mengalami masalah bronchiectasis, batuk berkahak sememangnya salah satu simptom penyakit ini. Anda juga mempunyai risiko untuk sebarang jangkitan sistem pernafasan yang boleh membawa tanda lain seperti sakit tekak dan demam. Namun, untuk menilai semula risiko anda, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Ujian saringan COVID-19 biasanya diutamakan untuk orang yang berisiko sederhana tinggi atau tinggi.
Punca-punca batuk yang lain pula ialah:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih sekali lagi. Saya berharap jawapan yang telah saya berikan boleh membantu anda.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































