
nhajmal
5 tahun
Batuk dan sakit tekak dan masalah kesihatan
Salam sejahtera,sy wanita berusia 36+ . Masalah sy,setiap kali sy nk dtg bulan,sy akan rasa sakit bdn dan sakit tekak. Perkara ini sudah hampir setahun sy lalui. Namun sekarang sy alami simptom sakit tekak. Kebetulan kedua2 anak sy yg berumur 3+ dan 6+ batuk hanya pada waktu malam sahaja. Tiada demam. Perlu kah sy menjalani ujian convid 19. Sy mengikuti PKP dgn baik. Dan hanya keluar beli barang keperluan sebanyak dua kali sahaja. Anak2 sy juga sudah 18 hari sy tak bawa keluar. Mereka masih sangat aktif

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19).
Selain COVID-19, gejala batuk dan sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain seperti virus influenza
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini