Sulit
4 tahun
Batuk dan sakit tekak
Hye doktor, saya ada masalah. Saya mula batuk sejak isnin tu. Saya assume sebab cuaca dan saya kurang minum air kerana 2 hari sebelum saya keluar dan sampai 1 tahap, saya terlalu haus. Baru saya pergi cari air. Tapi, isnin tu, saya bangun tekak saya dah mula rasa perit. Cuma saya ignore je. Jadi beberapa hari ni, kalau kata saya rasa perit saya akan cari aiskrim vanila nak legakan rasa perit tu. Dan dalam beberapa hari ni, saya dah mula batuk. Harini mula teruk. Saya nak ke klinik untuk rawatan dan ubat. Persoalan saya, kalau saya ke klinik kesihatan, adakah saya akan dirawat di sana atau saya akan terus disuruh ke hospital (sebab sekarang musim virus covid-19).
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan,terdapat banyak aspek yang akan dipertimbangkan untuk memasukkan pesakit ke dalam wad. Antaranya:
- penyakit yang dihidapi ialah penyakit berjangkit
- rawatan yang diperlukan berbentuk ubat yang masuk ke dalam salur darah melalui vena
- tiada sokongan sosial lebih-lebih lagi warga emas
- tidak stabil
Masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan virus
- jangkitan kuman pada pharynx
- radang tonsil
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.