
hakimafiq.mhm
4 tahun
Batuk,demam dan sakit tekak
Saya lelaki berumur 24 tahun. Saya mengalami batuk dari bulan December tahun lepas lagi iaitu tahun 2019. Dan minggu ni iaitu pada 10 Mac 2020, saya menghidap demam disebabkan faktor hujan. Perlu ke saya buat apa-apa ujian saringan memandangkan saya mengalami gejala batuk ni sudah lama. Saya pernah mengambil vaksin influenza dalam bulan Februari tahun 2020.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan dan susah untuk mengeluarkan kahak ini boleh disebabkan:
- Asma
- Jangkitan saluran udara - oleh virus/bakteria
- Jangkitan dalam paru-paru - penumonia/tb
- Penyakit COPD (faktor risiko seperti perokok)
- Tibi
- bronchiectasis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.