Anonymous
4 tahun
Batuk kadang kala berkahak
Saya berumur 22 thn, sjk 1 mggu lpas hgga skrg sy still mngalami batuk2 kdg kala berkahak…adakah ia ptanda pnyakit yg serious?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Batuk biasanya sukar sembuh terutamanya jika tidak menjaga pemakanan dan mempunyai tabiat merokok. Batuk yang disebabkan oleh jangkitan bakteria biasanya adalah lebih sukar sembuh berbanding jangkitan virus.
Selain daripada ubat batuk, anda boleh melegakan batuk & kahak dengan beberapa langkah:
- Mengambil minuman panas tanpa gula seperti air lemon dan madu
- Kurangkan makanan pedas dan berminyak
- Jauhi rokok atau orang lain yang merokok
- Minum air putih dengan kerap
- Dapatkan rehat yang secukupnya
Sekiranya batuk & kahak anda masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Terima kasih.