
ifiegambler
5 tahun
Batuk kahak berdarah bila tiap kali selsema batuk
saya berumur 28…tiap kali tidak sihat seperti deman selsema batuk…saya dapati batuk saya berkahak bercampur darah…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pihak tuan/puan gejala batuk berkahak bercampur darah adalah jarang berlaku dalam khalayak awam. Ada beberapa punca boleh menyebabkan simptom-simptom yang disebutkan antaranya ialah:
- Tuberkulosis
- Pneumonia
- Bronkiektasis
- Bronkitis kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai sebab terjadinya batuk berserta darah, antaranya:
- Luka pada tonsil akibat batuk atau sakit tekak yang berpanjangan
- Luka pada salur pernafasan
- Luka pada salur pemakanan
- Radang esofagus atau perut
- Ulser
- Gastrik
- Jangkitan kuman pada salur pernafasan
Bagi membuat kesimpulan tentang punca masalah ini, konsultasi lanjut dan pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan konsultasi lanjut. Terima kasih.