Anonymous
3 tahun
Batuk kahak berpanjangan
Selamat malam doktor. Saya lelaki berusia 21 tahun. Saya telah mengalami batuk kahak selama 3 minggu lebih. Akan tetapi, setakat ini selera makan sata masih bagus, tiada demam dan sebagainya. Boleh saya tahu kenapa? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Batuk berkahak boleh berpunca atas sebab-sebab tertentu seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus pada saluran udara (bronkitis akut)
- Asma
- Allergic Rhinitis (Alahan)
- Pneumonia (jangkitan paru-paru)
- Penyakit tibi
- COPD (Penyakit saluran udara sempit)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.