
meenakikie77
5 tahun
Batuk kahak dan najis berdarah
Hye doc…ank saya baru 4 bln. Baru ni batuk berkahak dn selsema. Sy bwa ke klnik utk pmriksaan…dn doc ada bg ubat batuk dn ubt kahak. Slpas pngmbilan utk trsbut, ank sy berak 7/8 kali sehari… najis ada lendir2 seperti kahak dan slpas 4 hari pngmbilan ubat tu, dapati najis ank saya berdarah… kenapa ya doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anak anda hadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah darah dalam najis boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sembelit
- alahan pada protein susu atau susu lembu
- jangkitan kuman pada usus (acute gastroenteritis)
- usus tersumbat
- masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana ini mungkin menandakan sesuatu keadaan yang berbahaya. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.