
Sulit
4 tahun
Batuk kahak kadang pernah keluar darah sikit je
Kenapa dalam 3 4 hari ini saya selalu batuk lepastu kadang buat saya rasa tekak sakit dan kurang selesa . tak tahu macam mana nak hilangkan batuk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai/Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami/atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang tekak (laryngopharyngitis)
- Jangkitan telinga
- Tuberkulosis
- Jangkitan paru-paru
- Bendasing (foreign body) di dalam tekak
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Batuk berkahak (kuning atau hijau atau bercampur darah)
- Demam
- Sakit dada
- Sesak nafas
- Sakit kepala
- Gangguan aktiviti harian dan tidur
- Lemah dan lesu
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.