
Sulit
5 tahun
Batuk kahak, sukar bernafas,dada rasa tak selesa
saya umur 17…saya mengalami batuk kahak selama 3 minggu dan pernah keluar darah sikit sebanyak 3 kali…saya juga sukar untuk bernafas…dada saya rasa ketat…badan rasa tidak sedap badan…ketika saya batuk saya sakit paru2 belah kanan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah batuk berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Luka pada tekak akibat batuk berlebihan
- Luka daripada rongga hidung mengalir ke tekak
- Jangkitan paru-paru seperti tuberkulosis
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.