
zainizam
5 tahun
Batuk kahak warna putih
Saya lelaki usia 45 dah 3 hari demam selesema tp demam dah baik masa hari ke 3. Selera makam juga ada semula. Tp kini kerap batuk, tekak gatal. Batuk kahak warna putih. Doktor kasi ubat antibiotik dan demam. Masih belum kurang. Dah masuk hari ke 4.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic Rhinitis
Anda boleh mengamalkan langkah-langkah berikut untuk mengawal gejala yang anda hadapi:
- Berhenti merokok (jika anda merokok)
- Mengambil minuman suam
- Minum banyak air
- Minum jus lemon dan madu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh baca dengan lebih lanjut tentang cara menghilangkan batuk di sini.Terima kasih.