
Sulit
4 tahun
Batuk, Keletihan dan Sakit Kepala
Hi. Saya telah mengalami gejala batuk lebih sebulan yang lalu dan telah merujuk kepada doktor klinik swasta, Dan doktor mengesahkan saya cuma batuk biasa. Tetapi gejala batuk saya tidak berkurangan sehingga kini. Tekak saya sering menghasilkan mukus atau kahak, tetapi saya tidak selsema atau hidung berair. Saya sering mengalami gejala keletihan dan sakit kepala belakangan ini disertakan dengan batuk dan tekak berkahak. Kadangkala tapak tangan dan kaki merasa panas, jantung berdegup kencang dan berpeluh dengan banyak. Mohon pencerahan daripada doktor. Terima kasih.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah batuk boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Untuk maklumat tambahan, batuk tibi sering dikaitkan dengan batuk berpanjangan, keletihan, hilang berat badan, kesukaran untuk tidur, demam dan berpeluh pada waktu malam.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.