
Sulit
2 tahun
Batuk kering, berdarah,kadang2 sampai 2mggu
Saya seorang lelaki berusia 36 tahun… Ada batuk berdarah kadang2,batuk lama kadang2 sampai 1bln

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebetulnya keterangan yang anda berikan adalah masih terlalu singkat. Secara umum, batuk berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan saluran pernafasan akibat Tibi (Tuberkulosis)
- Tumor paru-paru, kanser paru-paru
- Bronkitis kronik yaitu keradangan bronkus
- Trauma saluran pernafasan akibat mekanik batuk
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dikhuatiri terdapat masalah kesihatan serius yang mendasari timbulnya gejala ini. Maka, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.