
nalia_aziz
2 tahun
Batuk kering dan hingus yang banyak
Sudah hampir sebulan saya mengalami batuk dan selsema. batuk saya kering dan hanya sesekali berkahak. waktu pagi selepas bangun tidur mesti batuk beserta kahak pekat yg agak banyak. selsema pula bukan selalu bersin, cuma hidung block dengan hingus. hingus pula pekat hijau kekuningan. setiap kali saya buang hingus sampai clear, 5 minit selepas tu penuh balik. mohon pendapat doctor untuk masalah saya. terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Batuk berpanjangan boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
• Jangkitan bakteria atau virus
• Asma
• Resdung / Allergic Rhinitis
• Jangkitan paru-paru / Pneumonia
• Penyakit tibi
• COPD
Batuk yang disebabkan oleh jangkitan bakteria biasanya adalah lebih sukar sembuh berbanding jangkitan virus.Disebabkan anda mengeluarkan kahak yang kekuningan anda mungkin dijangkiti jangkitan bakteria.Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Terima kasih.