Sulit
5 tahun
Batuk kering, sukar bernafas, pening kepala yang ringa dan cirit birit,
Saya wanita berusia 33 tahun. Pada 2 minggu lepas saya telah mengalami batuk kering dan telah ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan. Doktor sarankan saya membuat imbasan xray. Saya perlu berjumpa dengan doktor bagi merujuk imbasan tersebut pada 29.03.2020. Akan tetapi disebabkan PKP maka saya mengabaikan temujanji tersebut. Sejak 3 hingga 4 hari ini saya mengalami batuk berkahak. Sejak 2 hari sudah saya mengalami sukar bernafas berserta sakit di dada, cirit birit dan kadang kala pening kepala yang ringan. Akan tetapi saya tidak mengalami demam ataupun selesema. Perlukah saya membuat saringan covid-19?
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah batuk dan sesak nafas boleh disebabkan oleh:
Punca Punca batuk:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Sesak nafas
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































