Sulit
2 tahun
Batuk kering tidak berkahak
Saya sebagai bapanya mempunyai anak dewasa lelaki yang telah mengelami batuk kering hampir 1 + tahun lamanya. Ubat batuk sudah diambil tapi masih tak pulih sepenuhnya, masih batuk terutamanya waktu malam. Berat badanya turut menurun. Apakah rawatan seterusnya yang perlu saya buat. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkaitan dengan masalah pada sistem pernafasan anak anda, seperti batuk kering, kerap pada waktu malam serta menurunan berat badan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anak anda alami boleh disebabkan oleh jangkitan seperti tuberculosis(TB) dan sebahagian virus. Selain itu, punca lain adalah postnasal drip, penyakit asid refluks, kesan sampingan sesetengah ubat seperti ACEI, serta penyebab yang jarang seperti ketumbuhan paru-paru dan kelemahan fungsi jantung.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah pada sistem pernafasan serta gejala anak anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut.
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.