
hanisrahmat
4 tahun
Batuk kuat berterusan dan sakit dada
Anak saya umur 12 tahun, lelaki, berat 53kg,tinggi 150cm sedang sakit dada dan batuk berterusan. Batuknya bergendang. Batuk kuat. Sesak nafas dan cirit birit pada 13/3/2020.
Sakit makin kuat dah bawa pergi klinik swasta dapatkan rawatan nebulizer dan doktor berikan ubat cair kahak, antibiotik, ubat batuk pada 15/3/2020. Doktor bagi surat sekiranya teruk bawa pergi ke hospital.
Hari ini 17/3/2020 dia sakit dada sangat kuat dan batuk sangat kerap. Segingga muntah. Mungkin sakit dadanya sebab batuk kuat. Sampai dia tumbuk dada. Kata jantung dia rasa nak tercabut.
Pada awal januari anak saya telah diatahan wad 2 minggu diagnos doktor ialah bronchopneumonia.
Saya agak risau dengan keadaan anak sekarang kerana batuk kuat luar biasa kerap. Juga risau dengan arahan perintah berkurung. Risau juga nak ke hospital tempat berkumpul orang sakit sekarang ni. Risau berjangkit.
Soalan saya sekarang adakah perlu ke dia pergi ke hospital sekarang ni? Atau hanya dapatkan rawatn nebulizer di klinik terdekat sahaja? Anak saya kata bila neb dia lega sikit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami tidak boleh mengulas tentang rawatan yang anak anda perlukan kerana tidak mempunyai maklumat lengkap kesihatan. Anda sebenarnya boleh menyatakan hasrat kepada doktor di hospital tersebut tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan virus apabila anak anda dirawat di hospital. Doktor tersebut yang mempunyai maklumat lengkap tentang perkembangan kesihatan anak anda akan memberi kata putus tentang hal tersebut.
Jika anda perlu membawa anak anda ke hospital, anda perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan seperti:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.