
lilysyafinaz
2 tahun
Batuk kuat sudah hampir sebulan
Ibu saya berumur 56 tahun dan memiliki penyakit darah tinggi juga diabetes. Pada 9/3/2020 lepas, beliau telah demam dan batuk. Demamnya sudah lega setelah tiga hari sakit, namun batuk masih lagi berlarutan sehingga ke hari ini. Batuk beliau kerap dan kuat. Keadaan beliau amat membimbangkan saya. Oleh itu, saya ingin meminta nasihat doktor untuk tindakan selajutnya yang perlu saya lakukan. Terima kasihInu sa

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah batuk ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Rawatan bergantung kepada punca batuk. Oleh itu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.