Sulit
5 tahun
Batuk, nasal congestion, sakit tekat
Saya wanita , 29 tahun, mengalami sakik tekak, nasal congestion dan batuk selama 3 hari. Pagi ini, bangun dengan sakit dada bahagian kiri. Di dalam rumah, mak dan adik dah batuk selama 3 minggu. Adakah saya harus untuk pergi ke KKM untuk siasat melanjut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat pagi
Terima kasih untuk soalan anda. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Saya memahami kebimbangan anda. Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan anda ke hospital sekiranya berisiko rendah untuk COVID-19 bagi melindungi diri anda.
Masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak luka akibat batuk
- Keradangan tonsil
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
Buat masa sekarang, anda boleh memantau simptom anda dan amalkan langkah pencegahan yang telah disarankan semasa tempoh sekatan pergerakan ini.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































