
Sulit
4 tahun
Batuk on off. Berumur 23 tahun
Sudah sebulan lebih saya batuk. Telah berjumpa dengan dokto. Ubat batuk pon da makan. Batuk da ok tak teruk sgt. Tapi bila makan seafood atau jenis kekacang saya mula batuk teruk tekak gatal sampai muntah.kalau cuaca sejuk sgt pada waktu siang atau malam Saya batuk balik. Saya minum air madu suam.rasa lega balik. Mohon pencerahan dari doktor…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah batuk teruk boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk merawat gejala batuk teruk. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.