Sulit
2 tahun
Batuk secara tiba tiba
Maaf mgagu… skrg bru jd suami sy batuk tiba2 wktu pukul 4 cm ni … ta ad pe ke doc… sy risau la… sy ad anak kecik… tp dea tgal d rumah mak sy skrg… skrg kami just bdua di kediaman kami…
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami suami anda mengalami batuk secara tiba-tiba.
Untuk makluman puan, gejala yang dialami oleh suami puan boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan bakteria
- Tekak kering
- Iritasi akibat asap rokok
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
Namun gejala yang dialami juga boleh berlaku akibat perkara yang serius seperti:
- Jangkitan coronavirus
- Jangkitan tibi
Memandangkan kita berada dalam pandemik coronavirus, suami anda amat digalakkan untuk berhubung dengan doktor kami untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut secara atas talian.
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, amalkan penjagaan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di tempat awam.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Kami berharap keterangan ini dapat membantu anda. Terima kasih