
Sulit
3 tahun
Batuk selepas bypass surgery
ayah saya berumur 57 tahun dan baru sahaja menjalani operation bypass pada minggu lepas dan kini dah 4 hari keluar hospital tapi sejak keluar hospital ayah saya kerap batuk sebelum tidur sampai menganggu untuk tidur terutamanya ketika malam. ada kalanya ayah saya macam blackout akibat batuk terlalu banyak sampai susah untuk dikawal. adakah ini normal?

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Jangkitan paru-paru
- Asma
- Gangguan saluran makan (i.e. GERD)
- Ubat-ubatan tertentu
Walaubagaimanapun, ia juga boleh dikaitkan dengan fenomena fisiologi tubuh yang normal, dimana, apabila seseorang itu berbaring atau sandar, cairan mahupun kahak yang berada di rongga mulut dan hidung akan turun - mengikut graviti - ke tekak, ini sekaligus akan mencetus refleks batuk.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.