lai_jr
4 tahun
Batuk selesema berpanjangan
Saya wanita berumur 36th, mengalami batuk lebih kurang 7 mingu, dh pergi klinik,3 jenis ubt btuk dh habis, 3 jenis ubt selesema dh cuba, tp batuk saya tak sembuh2, lega 2 hari lepas tu batuk datang balik…mingu pertama batuk, sy demam dan selesema, hidung tersumbat,hinggus mcm air mengalir kluar sendiri…seminggu lepas tu selesema ok, dh senang bernafas…
Tapi batuk masih berterusan smpai skrng,rasa nk tkeluar anak perut n mata akibat batuk melampau, kahak mcm tersekat xnk kluar…nafas mcm jdi pendek,kdg2 ada bunyi kt tekak mcm bsiul:joy:
selesema masih on, tp masih dalam zon selesa utk bernafas, suara saya mmg dah lain, sengau…
Beli ubt batuk dr farmasi, utk cairkn kahak,bila batuk, kdng2 keluar kahak kekuningan pekat, kdg2 putih pekat mcm berbuih…hingus pun pekat…byangkn bila d hembus, sentuh je tisu kt hingus tu,hingus akn trus ikut tisu,mcm ada megnet, xpyh nk picit hidung…
Pnjang pla cerita batuk ni:joy:…batuk apa kah ini tuan doc, batuk berhantu ke…xsembuh2:joy:
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, batuk berpanjangan beserta kahak dan hingus boleh disebabkan:
- Jangkitan selesema (virus berlainan setiap kali jangkitan)
- Resdung (alahan pada habuk, bulu binatang dan lain-lain)
- Jangkitan saluran udara kronik/berpanjangan
- Penyakit saluran udara sempit (COPD)
- Bronkiektasis (saluran udara kembang dan berkahak)
- Fibrosis sistik
- Jangkitan paru-paru seperti tibi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.