Sulit
2 tahun
Batuk Selesema hampir lebih sebulan & berulang semula dalam tempoh terdekat
Saya mengalami batuk selesema agak lama bermula bulan lepas. Hanya lega beberapa hari dan sekarang batuk selesema berulang semula. ada bberapa hari yang saya tidak selesema tetapi suara saya masih sengau macam orang yang selesema teruk. beberapa hari ni juga, saya rasa tidak selesa dibahgian muka dan sakit dibahagian tengkuk & belakang kepala. Rasa berdenyut & tidak selesa. adakah ini simptom penyakit biasa atau kronik?
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala batuk dan selesema selama 1 bulan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala batuk dan selesema adalah antara gejala yang terlalu umum dan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Gejala batuk yang melebihi 2 bulan boleh dikategorikan sebagai kronik. Antara punca-punca gejala anda ialah :
- Bronchitis
- Alahan
- Penyakit Asthma
- Jangkitan Influenza
- Jangkitan Coronavirus
- Tuberculosis
- Merokok
Kami menyarankan anda untuk berjumpa doktor untuk mengenal pasti punca sebenar masalah anda serta rawatannya. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.