
solehamzln
4 tahun
Batuk | selsema | bersin | demam
batuk - saya wanita 20-an, saya mengalami batuk daripada bulan 5/2019, tetapi batuk biasa (bukan berdarah) dan saya sudah ke hospital berjumpa doktor, hasil check up, mereka kata batuk biasa.
selsema, bersin & demam - saya akan mengalami selsema, bersin dan demam setiap kali waktu pagi dan setiap kali cuaca sejuk. orang lain okey je saya tengok.
mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, gejala batuk adalah sesuatu yang biasa berlaku dan kebanyakkannya adalah disebabka virus dan boleh sembuh dalam masa yang singkat. Mengenai masalah selsema bersin dan demam yang anda alami pada waktu pagi, terdapat kemungkinan anda alah terhadap cuaca sejuk. Oleh itu, anda disarankan untuk memakai pakaian yang tebal ketika cuaca sejuk dan berselimut pada waktu malam untuk memanaskan tubuh.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.