
Sulit
5 tahun
Batuk, sesak nafas, sakit dada
Dr, saya rasa batuk, sesak nafas, dan sakit dada di sebelah kiri kanan dan tengah tengah dah 6 hari. Company saya bekerja ada buat trip ke manilla dan taiwan dari 2 mac dan sampai malaysia pada 7 mac. Sehari selepas mereka balik terus kerja. Perlu ke daya test untuk covid19?

5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.Berdasarkan simptom yang anda alami iaitu sakit dada, sesak nafas dan batuk, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala anda alami boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan kuman atau virus lain (influenza)
- Allergic Rhinitis
- Alahan
- Masalah sinus
- radang tonsil
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini