
Sulit
3 tahun
Batuk sikit dan sukar bernafas
Saya wanita 48 tahun dan saya dh lepas 17 hari 2nd dose … saya alami batuk ringan dan on n off dan saya rase sukar nk bernafas,bila saya baring pun mcm rasa shortness of breath dan badan saya penuh angin dan kerap kluar angin dari mulut saya…kenapa ye Doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami memahami anda mengalami gejala batuk ringan secara berkala dan kesukaran bernafasan dan kerap sendawa angin. Kami akan cuba membantu anda.
Oleh kerana maklumat yang diberikan oleh anda adalah terlalu luar, ia menyukarkan kami untuk membentuk diagnosis yang tepat untuk anda. Oleh itu, kami akan menjawab soalan ini secara umum.
Masalah anda boleh berpunca daripada masalah pada sistem penghadaman ataupun sistem pernafasan. Antara punca masalah anda adalah :
- GERD
- Gastritis/Esophagitis
- Jangkitan kuman
- Penyakit Asma
- Alahan
Jika gejala-gejala yang dialami oleh anda masih berpanjangan atau bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor untuk rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk konsultasi peribadi.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.