Sulit
2 tahun
Batuk tanpa ada kahak
Saya wanita berusia 36 tahun. Masalah saya ialah saya mengalami batuk yang agak teruk. Cuma masalah nya saya akan batuk bila saya duduk,berdiri,berjalan pendek kata bergerak langsung tidak boleh,batuk akan berterusan sampai sakit dada. Apa yang menghairankan saya cuma boleh baring terlentang barulah batuk reda… bila saya mahu ke tandas atau ingin duduk makan bermulalah batuk berterusan. Saya sudah baring selama 2 hari sehingga belakang saya sakit…mengiring ke kiri ke kanan pun x boleh… saya ingin ke hospital tapi memandangkan situasi covid saya berasa takut dah juga saya mempunyai anak kecil untuk di bawa.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Berdasarkan keterangan diatas, anda mengalami masalah batuk yang agak teruk. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala batuk biasanya boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Alahan pada saluran pernafasan
- Inflamasi & iritasi tekak
- Jangkitan virus/bakteria
- Serangan asma
Mengenai batuk yang agak teruk yang anda alami, anda dinasihatkan untuk menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut . Batuk yang berpanjangan juga boleh menandakan masalah lebih serius dan memerlukan rawatan segera seperti penumonia dan asma.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih