
ppfwawahasan87
5 tahun
Batuk tanpa sebab selepas pulih dari penyakit Tibi
Saya merupakan wanita berusia 30an… Saya ingin bertanya, adakah normal untuk seorang pesakit Tibi yang telah sembuh dari penyakit ini dan selesai rawatan selama 6 bulan tetapi menghidap batuk berpanjangan apabila di “trigger”
Maksud saya, sebelum saya tahu saya menghidap TB, saya tiada sebarang simptom seperti demam atau batuk. Tetapi saya mendapat tahu selepas membuat ujian Sputum
Tetapi selepas saya negatif dari Kuman tibi, saya menghidap batuk tanpa henti sehingga hampir mendapat asma. Namun ia pulih semula. Namun, saya tidak boleh terbatuk akibat terhidu pedas lada atau tersedak air. Saya akan terus terbatuk dan berkahak tanpa henti. Ini amat merisaukan saya kerana saya langsung tidak boleh terbatuk langsung
Boleh lah doktor terangkan atau ceritakan jika pernah ada orang lain yang mengalami situasi yang sama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan seperti hasil xray anda selepas discaj dari hospital. Hal ini kerana jangkitan TB boleh mengakibatkan parut pada paru-paru dan mengganggu sistem pernafasan anda. Batuk semasa menghidu sesuatu yang pedas atau tersedak air ialah reaksi yang normal.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.