
Sulit
3 tahun
Batuk teruk setiap kali menghisap rokok
Hi doc, saya penghisap rokok. A heavy smoker. Saya selalu hisap rokok dengan gula gula di dalam mulut. Kalau takde gula gula or apa apa di dalam mulut ketika merokok, saya akan batuk teruk. Kenapa ya doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah batuk, seperti:
- Refleks kerana terdapat bendasing atau bahan yang menyebabkan iritasi kepada saluran pernafasan seperti asap rokok
- Perubahan terhadap sel-sel di dalam saluran pernafasan
- Terdapat kahak di dalam saluran pernafasan yang boleh menyebabkan batuk
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda sekiranya keadaan batuk anda berlanjutan. Selain itu, kami sarankan anda untuk mengurangkan kekerapan merokok dan seterusnya berhenti kerana komplikasi masa panjang merokok boleh membahayakan kesihatan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!