
Anonymous
2 tahun
Batuk tidak berhenti
Saya wanita umur 32 tahun dan ada 3 orang anak…pertanyaan saya kenapa bila saya batuk nk kuar kahak tp tidak boleh dan saya mengalami sakit di bahagian belakang kiri atas semasa batuk…adakah itu kerana kejang otot atau sakit jantung dan anak saya no 3 masih lagi menyusu 2 tahun 10 bulan…ada efek atau pun tidak?tq doctor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca batuk:
• Jangkitan bakteria atau virus (batuk yang disebabkan oleh jangkitan bakteria biasanya adalah lebih sukar sembuh berbanding jangkitan virus)
• Asthma
• Allergic Rhinitis
• Pneumonia
• Penyakit tibi
• COPD
Jika masalah anda berpunca daripada jangkitan, maka ada kemungkinan ia menular ke anak anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.