
yung.karvin
5 tahun
Batuk tidak menentu ketika mandi pagi dan petang. ketika menarik nafas panjang akan membuatkan saya mudah batuk dan hari demi hari semakin teruk
selamat ptg dr, saya berumur 53 tahun. saya mengalami batuk-batuk ketika mandi pagi dan petang. ia juga menyebabkan sayaa mudah semput ketika melakukan suatu kerja. apabila saya ingin tarik nafas sepanjang mungkin, timbul sesuatu angin dalam badan lalu akan membuatkan saya batuk. badan saya mudah lengu. Hal ini mula berlaku ketika saya mengalami demam panas lalu sembuh dan mula lah penyakit ini batuk-batuk ini berlaku. andakah saya mampu sembuh dan kembali pulih seperti dulu? thank you dr.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah demam terjadi apabila badan bertindak balas terhadap patogen atau jangkitan pada badan. Suhu normal badan ialah antara 36.5 ke 37.5 darjah selsius dan diperiksa samada di dalam mulut, ketiak ataupun di dalam lubang dubur. Demam boleh disebabkan oleh:
Demam denggi
Demam malaria
Jangkitan leptospirosis
Jangkitan tifoid
Tuberkulosis
Tonsilitis
Allergic rhinitis
Pharyngitis (Jangkitan di tekak)
Jangkitan di telinga (otitis media)
Batuk boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.