
Sulit
3 tahun
Batuk X Kahak , dada macam tertekan tapi X sesak nafas
Selamat Petang doctor
Sy lelaki cina, umur 43 tahun, tidak rokok or minum Arak
Saya telah dikategori sbg kontak kasual X bergejala, sejak 14 aug, selepas itu, saya pantau keadaaan sendiri, dgn guna oxymeter+heartbeat smart watch, saya tidak Ada gejala, cuma dada sy Rasa macam tertekan, tapi X sesak nafas, MCM X sedap Hati, bila I check heart beat, semua normal. Pon X Ada deman panas, or sakit tekak
Skrg sy X batuk, cuma Rasa nak batuk, batuk Kering 1-2 Kali X kahak,tapi bukan setiap masa batuk, cuma Rasa nak batuk, Xpi X batuk
Adalah ini Salah satu gejala covid ?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kontak kasual bermaksud individu yang mempunyai kontak dengan pesakit positif Covid-19 tetapi lebih daripada 2 meter dan mempunyai kontak kurang daripada 15 minit dengan pesakit Covid.
Sekiranya anda diklasifikasikan sebagai kontak kasual, kemungkinan anda dijangkiti virus Covid-19 adalah rendah. Anda tidak perlu menjalani ujian PCR jika tidak mempunyai gejala, dan anda tidak perlu menjalani kuarantin. Anda tidak semestinya mempunyai semua gejala jika menjangkiti Covid-19.
Untuk makluman anda, batuk anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya rawatan selanjutnya boleh diberikan. Anda juga dinasihati untuk mengamalkan penjarakkan sosial, dan memakai pelitup muka.
Anda boleh menghubungi kami secara atas talian untuk pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.