nursabrinafiza
3 tahun
Batuk yang kejap ada kejap tiada tetapi pernah sekali keluar kahak berwarna coklat cair
Saya 17 tahun , batuk saya dah hampir 5 hari kejap ada kejap tiada tapi tiada rasa demam atau apa apa gejala . Saya nak tanya apa effect batuk yang saya tgh alami ini?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, batuk berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- penyakit Tibi (tidak boleh didiagnos tanpa ujian kahak, oleh itu anda disarankan menjalani ujian tersebut)
- kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi
- Bronkiektasis
- asma (lebih-lebih lagi batuk pada waktu malam)
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.